Hurm..heboh kisah e-Penyata gaji kena godam. Sampai takut nak check slip gaji online beb. Ayu ni jenis yang tak kisah sangat dengan slip gaji online ni, tahu-tahu duit gaji bulan tu habis dah..hehe. jiwa muda. boros. Tetapi bila dengar kes ade cikgu hilang gaji cuak gak. Padahal tu la yang ditunggu. Sampai hati betul hackers buat kat orang macam tu. Dorang ni dah macam kes samun cyber, nak hidup senang menyusahkan orang. kreatif sangat nak menipu dan ambil hak orang lain.
Untuk langkah berjaga-jaga, sila jangan update maklumat peribadi lagi-lagi no akaun bank (gaji) jika diminta oleh sumber yang tidak dikenalpasti.
makluman buat penjawat awam
Tapi sistem e-Penyata gaji atau slip gaji online ni dikhabarkan dah ditambah baik. Rasanya ada baiknya untuk update no h/p dan email supaya notifikasi akan dihantar kepada anda secara sms atau email sekiranya anda reset kata laluan. Alaa macam sistem yang dipakai online banking tu. Rujuk entry INI.
Hopefully ciri-ciri keselamatan membantu semua penjawat awam..
oh ye,, Happy pay day dua hari lagi..!! :)