Quantcast
Channel: pink bubblegum princess
Viewing all articles
Browse latest Browse all 184

Egonya Sang Lelaki

$
0
0


Egonya sang Lelaki.
Tertarik dengan kisah seorang kakak yang buat curhat tentang masalah perkahwinannya. Betapa egonya sang lelaki yang telah bersamanya selama berpuluh-puluh tahun. Lelaki lupa saat bila dia menyakiti hati isterinya seolah-olah diaaaaaa sahajalah yang betul dan lupa semua kesakitan kepedihan yang dialami oleh isteri. Saya hanya mampu mendengar kisahnya, berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Buat lelaki yang bergelar suami.
Jagalah hati isterimu.

Bila isteri menanyakan khabar berita bila saat anda sedang leka bersama kawan janganlah ada yang cakap “Tahulah aku nak jaga diri sendiri, kenapa busy body sangat?” eh, ko lupa tu bini ko ke?

Bila si isteri bertanya ke mana anda pergi bila dia penat menunggu kepulangan mu di rumah , usahlah dijawab “kenapa sibuk nak tanya?”

Bila si isteri risaukan anda dah makan ke belum sihat ke dak, jangan lah lemparkan kata-kata kasar.
Ini kerana setiap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Jangan nanti satu hari bini dah tak kuasa nak tegur kamu, dah tak kuasa nak Tanya berita kamu, dah tak kuasa nak ambil peduli akan hal makan minummu kesihatan mu, khabar berita mu.

Ingat manusia boleh berubah.

Bila masa anda abaikan isteri, dia akan sabar dan sabar.
Bila masa anda utamakan kawan berbanding isteri dan anak-anak, isteri kumpulkan kekuatan.
Bila masa anda biarkan isteri dan anak-anak terkontang-kanting menguruskan hidupnya sendiri, isteri belajar untuk berdiri di kaki sendiri, menguruskan semuanya sendiri.

Jangan pula bila satu hari nanti kau tak dihiraukan lagi oleh isterimu kerana hatinya telah tertutup buatmu. Hanya tersisa luka pedih tersimpan di hati.

Sang lelaki,
Buanglah egomu.


p/s: drama bila berkahwin ni berbeza lah pulak dengan waktu bercintan-cintun kata seorang kakak yang dah 13 tahun berkahwin. Buat ayu cuak nak kahwin oooooi =.=’’




Viewing all articles
Browse latest Browse all 184

Trending Articles