Aritu minat gila dengan Zul Arifin,, tengok Rindu Awak 200 peratus semata-mata nak tengok Zul Arifin...Tapi cinta tak selamanya bersatu, saya sudah ada cinta baharu. Aiman Hakim Redza. Ya! Encik Zul jugak... Slot Lestary tv3 Selamat Pengantin Madu, hari rabu dan khamis jam 9 malam temu janji kita okeh?.. tengok iklan dah boleh agak drama ni best. hahaha,, lakonan Aiman Hakim Redza yang bersahaja, gatal-gatal look, hillarious, depan bini bukan main lagi baik ye,, rupanya pasang bini nombor dua.
Dah baca dah sinopsis selamat pengantin Madu teringin nak tau bagaimana penghujung kisah Hana dan Masmira ni.. Suami hemsem, muda , bergaya. Mampukah Hana bertahan? mesti Eina Azman dibenci dicaci makcik-makcik ni kan.. sebab merampas kebahagiaan Hana..harus tonton u'olls
paling kelakar bila Zul bagitau kawan dia Masmadi call untuk tanya batang kayu baseball time bini kedua telefon..nama Masmadi tu tak boleh blah.. nak gelak je dengar... Masmadi oh masmadi
nice lakonan walaupun nampak dibuat sangat.. hue
jangan lupa janji kita tau!